Tuesday, December 13, 2011

Tokyo II: itinerary

Itinerary

Sebagai permulaan, pakcik nak terangkan dulu susunan perjalanan pakcik, supaya korang suma tak sesat dalam blog pakcik ni nanti...

Ehem! ok angan-angan pakcik, pakcik nak pegi naik AirAsia(harga tiket kira dalam rm1500(return, ekonomi, surcharge dll) , FYI airasia mendarat di Airport Haneda tau, BUKAN airport Narita.. jangan silap kat situ nanti berterabur itinerary, Daripada haneda, pakcik akan amek train ke Shinjuku(large entertainment, shopping & business district), jangan sekali-kali amek teksi sebab mahal sesangat!(better berjalan je keliling tokyo.. hehe)

Pakcik akan jadikan shinjuku sebagai pusat untuk ke mana-mana sebab shinjuku ni macam central tokyo la, 
dek kerana kemiskinan yang menghimpit, pakcik akan try sesuatu yang baru, Capsule hotel, hehe... pakcik jumpa hotel yang memenuhi kehendak pakcik iaitu Ace Inn Shinjuku, lebih kurang 23km(30minit) dari Haneda airport. Pakcik anggap korang tau la camna hotel kapsul ok. harganya antara yang berpatutan iaitu 3150yen = rm130(mixed dorm, per person). tempatnya plak strategik!

Daripada hotel ni la pakcik akan memulakan perjalanan, pakcik bahagikan kepada 2 trip iaitu trip ke selatan dan trip ke utara, di selatan shinjuku, kita boleh ke Shibuya(busy district for younger generations) dan harajuku(japan's teenager capital) iaitu 6km(20minit dari hotel). manakala trip ke utara(jarak yang sama seperti ke selatan) plak adalah Ueno(public park full of museums & other attractions), lajak akan ke Ginza(famous shopping & entertainment district) dan lajak sikit akan ke Akihabara(shopping district for discount electronics).

haa, kat atas ni suma tempat wajib(utama) untuk dituju, mungkin cuma makan masa 3 hari selepas sampai di tokyo, hari-hari yang berikut nya boleh lah dibahagikan ke tempat2 menarik seterusnya mengikut citarasa korang).

ok! itinerary utama pakcik dah abeh, jom kenal tokyo lagi..





.

No comments:

Post a Comment