Tuesday, August 17, 2010

Part III of Switzerland: Tourist Spot 1

Salam semua,
jom ke..................... Interlaken, Grindelwald, Lauterbrunnen & Jungfrau.


Kali ni, pakcik fokus untuk Interlaken, Lauterbrunnen dan Grindelwald dulu(sebab 3 tempat ni dekat2, dalam 30menet gitu dari satu tempat ke satu tempat) kalau korang perasan, valley yang ade air tejun tu Lauterbrunnen, Lauterbrunen ni plak macam kembar kepada Grindelwald(bukannya Gimmelwald, Gimmelwald ni dalam area Lauterbrunnen.. jangan confuse di situ), bezanya Lauterbrunen ni lebih terkenal sebab ianya valley yang curam dan unik, ada cable-car ke Murren, air tejun plak… dan of course cantik! Tapi si kembarnya iaitu Grindelwald ni agak landai kawasan bukit bukaunya… sama jugak panorama cantik..

image from google.images



view from interlaken

image from google.images
 Grindelwald

image from images.yahoo
 Lauterbrunnen

image from images.yahoo
 Lauterbrunnen

Kat foto ni kalu korang nampak rumah berterabur kat atas padang, di kaki bukit/gunung, tu la Grindelwald, beza kan geografinya dgn Lauterbrunen? tapi yang samanya dua2 cantik dan dari sini korang dah dekat dengan Jungfrau iaitu Top of Europe, untuk pengetahuan korang, nak naik Jungfrau ni guna cable-car je senang tp, klu nak hiking jugak kat Eiger Trail. Untuk train ke Jungfrau, korang bleh naik samada dari Lauterbrunnen atau Grindelwald, nanti dua2 train ni akan bertemu di Kleine Scheidegg(bukit yang memisahkan Lauterbrunnen dgn Grindelwald), pastu terus naik Jungfrau..

image from google.images
 Jungfrau

image from google.images
 Jungfrau

image from google images
 Jungfrau

Interlaken adalah satu lagi tempat yang menarik yang menggabungkan pekan kecil+padang+tasik+bukit bukau…best! Yang lebih best, korang tak payah nak pening2 nak cari kat map sebab train dari airport Zurich atau airport Geneva ada menuju Interlaken(antara destinasi popular)… dan sepanjang jalan tu view memang cantik, macam alam fantasi, dengan bunga2 yang terhampar di padang yang luas, berlatar belakangkan gunung-ganang…ohhhh…. Dan dari Interlaken ni la korang bleh decide samada nak ke Lauterbrunnen atau Grindelwald.

image from google.images
 view from Interlaken

image from google.images
 Interlaken

Sampai di sini dulu, pasni pakcik akan sambung lagi di Part III: Tourist Spot 2.




.

Monday, August 9, 2010

Dah nak masuk Ramadhan...

image from images.yahoo


Selamat berpuasa pakcik ucapkan kepada semua umat islam di seluruh dunia, semoga kita dirahmati dan diberkati sempena ramadhan yang mulia ni... buat la bebyk amal yang kita mampu di bulan puasa ni..

Ramadhan adalah bulan untuk kita beramal, puasa, jangan tak puasa tau...


dari Pakcik King.








.

Wednesday, August 4, 2010

MATTA FAIR Kini Kembali!!!

Haaa... teruja tak? Matta fair datang balik untuk kali kedua dalam tahun 2010 ni(acara dwi-tahunan). korang tau kan apakah itu matta fair kan? jangan wat2 tak tau, pakcik tampor kang... kekekeke!!!!

Bagi yang baru nak start hobi berjalan2 ni, elok la pakcik terangkan sikit pasal Matta Fair ni....
Matta Fair ni bukan macam fun-fair yang ada benda2 mainan tu tau! actually Matta tu bermaksud Malaysia Association of Tour and Travel Agents(MATTA), maksudnya di sini Matta fair tu sendiri adalah acara yang mengumpulkan members of the association untuk memudahkan mereka berhubung dengan orang awam...

Matta Fair mula dilancarkan pada tahun 1991 sebagai acara tahunan, dan sambutan terhadap acara ini sangat dasat sehingga menarik berpuluh2 ribu pengunjung! kini Matta Fair telah menjadi acara dwi-tahunan dan berjaya menarik ratusan ribu pengunjung setiap tahun. Wala!

Kat sini pakcik tepekkan jadual dan tarikh untuk Matta Fair yang akan datang...

  • Melaka - Dataran Pahlawan:::::::::::: 6-8 Ogos 2010.
  • Sabah - (venue taktau):::::::::::: 20-22 Ogos 2010.
  • Kuala Lumpur - Putra World Trade Center(PWTC)::::::::: 3-5 September 2010.
  • Perak - Stadium Indera Mulia::::::::::: 3-5 September 2010.
  • Sarawak - (venue taktau):::::::::::: 10-12 Disember 2010.  

Jadi sesiapa yang free tu boleh la berkunjung, pegi survey ke... memang murah, harga flight kadang2 lebih kurang separuh harga je(tengok destinasi gak)... ish3x

Apa tunggu lagi? sila2 la ye...


.

Switzerland: The Paradise On Earth

Image from images.yahoo.com
Alps
Apa khabar semua! ok kali ni pakcik nak berkongsi info tentang negara Switzerland, tapi kat sini pakcik takde nak story2 lebey pasal history dia, population segala bagai... kalau nak gak amek tau tentang tu, boleh la ronda2 kejap ke klik untuk about Switzerland. tapi nanti patah balik tau... hehe, kat sini pakcik cuma akan cerita benda2 yang pakcik fikir agak ramai travelers baru yang nak tau, termasuk pakcik sendiri... biasa la, pakcik nak simpan info kat blog ni supaya nanti tabung pakcik sendiri dah sendat, senang... boleh terus fly je... kata orang dah ckup bekalan pengetahuan... harap2nya la... huhu..(~_~) Tapi bila la agak2nya tu?

Wokeh! berbalik kepada benda utama kat sini.... first2 sekali, sesuai ke tajuk Switzerland: The paradise on earth? hmm... pakcik cuma cadangkan je... tapi korang la nilai sendirik...

 Image from images.yahoo.com
Lauterbrunnen

Hah! amacam? rasa tenang tak? ke makin tak senang duduk?(kalau pakcik mudah je nak pilih ni..) kih3x.... Ok, dari pembacaan pakcik dan pengalaman ramai traveler... dapat la pakcik kumpulkan semua info2 tu kat sini dengan harapan dapat membantu sesiapa yang berhajat untuk travel (macam pakcik ni) .... Wokeh! Taknak serabut, kita jalan slow2... 


.:.:.:.:.:.:.:.:.:Bersambung ke Part II





.

Part II of Switzerland.

Image from images.yahoo.com
Switzerland
::CHF?

Apakah itu CHF? sebenarnya itu la matawang yang digunakan oleh Switzerland, nama panjangnya swiss franc... dari segi tukarannya pulak berdasarkan rate semasa sekarang adalah RM3.0464klik untuk tukaran matawang . Sebelum korang fly, tukar dulu duit RM ke dalam euro kat sini, nak tukar terus CHF susah sebab kedai kurang yang pegang duit CHF ni(kurang sambutan katanya) tapi money changer yang beri offer agak baik dulu adalah di Midvalleyklik untukWawasan Sentosa… tetapi korang boleh survey dulu, kalau nak elok lagi, tanya dulu mengenai duit CHF ni.

Tapi jangan risau, kalau korang bawak duit Euro ke Switzerland nanti, korang still boleh tukar ke dalam CHF kat money changer di sana. Agak pedih la untuk kita yang guna RM ni... tapi takpe, berdasarkan pengalaman travelers, duit CHF kita tu nanti takdenye nak pakai banyak2 sangat.... seronok kan!!! best2!!! korang nak tau sebab pe? jom! subtopik seterusnya...

Image from images.yahoo.com
Sedapnya nasi ayam
::MAKANAN... 

Wah2 seronok kan? duit tak pakai banyak... sebenarnya seronok untuk orang yang sangat jimat dan Tidak Desperate Sahaja! nak tau maksudnya? sebenarnya makanan kat sana sangat mahal, dan makanan halal kat sana pun sangat susah untuk dicari, bagi orang Yang Desperate memandangkan perut Malaysia yang asyik mintak nasi je, tanpa sedar derang akan berhabih CHF melantak kat McDonald dan Nordsee(menghidangkan makanan laut dan nasi) tapi restoran2 ni ada kat bandar2 tumpuan sahaja macam Zurich tu, agak susah la sedangkan kebab turki yang dah survive kat dunia ni berjuta2 tahun dulu pun susah untuk dicari... ini kan pulak nasi ayam dengan pekasam... alamatnya korang kena kayuh balik Malaysia la... kekekeke!

Dalam bab makan ni, bersedia la perut2 Malaysia yang tak tahan daulat tu sebab fillet o fish kat McDonald pun dah berbelas2 CHF, Nordsee? Heh, lebey kurang dalam CHF 20 gitu…kalau korang bernasib baik, jumpa la kebab turki, boleh dijumpai di Zurich, Geneva, pendek kata, bandar2 la… Kebab Turki ni ada la dalam CHF 10, tapi berbaloi la.. daging halal, besar, sedap pulak tu… sebab tu sangat direkomen kalau dah ada masa, kat Bandar lak.. cari la kedai kebab… lagi satu, kalau korang nak naik train dinasihatkan beli siap2 makanan ringan, sebab harga makanan kat dalam train akan naik berlipat x ganda… dan yang penting, kat swiss korang takda banyak pilihan, so rembat je makanan2 ringan atau buah2 yang halal untuk isi perut… average harga makanan ringan, 1 meal habih la dalam CHF 6, bergantung kepada si pemakan…

Kesimpulannya, korang kena la persiapkan mental dan fizikal untuk bertahan dalam situasi takda makanan Malaysia mahupun makanan halal, bawak la milo 3 in 1, tuna, sardine tin, brahims, ketupat segera ke, serunding ke.... mee segera memang akan menjadi hidangan utama bila kat sana, bagi yang tak makan mee segera, cari la alternatif laen...hehe. Setakat pengalaman travelers, yang aku tau, kastam derang tak kisah sangat dengan makanan2 segera dari luar ni, tak tegas sangat la…

Image from images.yahoo.com
Switzerland
::TRANSPORT DAN PENGINAPAN

Bab transportation ni korang tak payah risau la… train system memang superb! Tiptop…! Korang tak perlu risau lambat ke hapa sebab train dia sharp on time.. mungkin kat situ korang plak yang akan terkejar2… kekeke, sebagai pelancong, kita ada kelebihan tau! kita diberi keistimewaan untuk beli pass2 yang akan memudahkan perjalanan kita nanti, pass2 ni cuma dijual kepada tourists sahaja! Jadi pakcik rasa korang patut tau pasal ni, takleh men terjah je, rugi nanti.. untuk info lebih lanjut tentang pass2 yang ditawarkan dan kelebihan2nya.. sila rujuk klik untuk Switzerland pass info , kat sini korang boleh pilih pakej2 pass yang bersesuaian dengan trip korang, bukan apa, pass2 ni mmg tak rugi kalau plan kita penuh dengan kenderaan awam, tapi diingatkan selagi belom terdesak, jangan amek teksi, sebab teksi kat sana sangat mahal, bayangkan dari airport nak ke town, dah cecah CHF100! Padahal area dekat2 tu la jugak. Haiyooo…

Ok, berbalik kepada pass2 tadi, korang perlu byar caj tambahan kalau nak naik transport tanah tinggi, macam Jungfrau dan Glacier Express yang popular tu… kat sini ada 2 train yang popular di kalangan tourist iaitu Glacier Express(cover kawasan bersalji bukit/gunung, route dia kat celah mountain2 bersalji tu), satu lagi train GoldenPass Panoramic(cover kawasan bawah, tanah landai, tasik2 berlatarkan gunung ganang, kampung2 kecik, padang2) nanti pakcik detailkan lagi route2nya…

Penginapan? 

Tentang penginapan ni pakcik rasa takda la masalah besar sangat, caj untuk satu malam korang boleh cari dalam CHF30-CHF300, pilih la mana korang nak, survey dulu tempat2nya. klik untuk hotel budget hehe Tengok betul2! takut nanti korang cuma sewa katil tapi kongsi bilik..huhu… setakat komen yang pakcik baca, hampir kesemua hostel2 dan hotel2 mmg best, kebersihan tip-top! Tapi ingat kalau korang nak merokok, jangan sembarangan, tengok dulu.. selalunya ada tempat merokok khas walaupun hanya menginap di hostel(takleh merokok sesuka hati) Hah lagi satu, kalu korang taknak sewa bilik, korang boleh sewa locker je untuk letakkan beg2 korang, harga per hour, mahal atau murah bergantung kepada tempat itu sendiri, boleh la dapat sekitar CHF2-CHF12(harga bergantung kepada tempat yang korang pergi)

Images from images.yahoo.com
Switzerland
::YANG KORANG PERLU TAU

Of course ada 4 musim, (Winter: nov-march), (Spring: march-may), (Summer: june-sept), (Autumn: Sept-nov). Dikhabarkan peak season di swiss adalah summer dan winter(berdasarkan info yang saya dapat), maksudnya harga naik la time2 ni, dari segi makanan ataupun penginapan, tapi sesetengah je..

Musim yang cantik adalah pada Spring(bunga2 penuh kat padang yang terhampar, rumput2 dan pokok2 menghijau dgn rona yang lebih cantik, pokok muda) cuacanya sederhana, kadang2 panas, kadang2 sejuk. Satu lagi musim yang cantik ialah Autumn( pokok2 kekuningan, sesuai untuk berjalan2 atau hiking). Summer adalah yang paling tak best bagi orang Malaysia sebab cuaca dan kepanasannya sebijik macam Malaysia, kering jek... walaupun siang lebih panjang, tak tahan gak panas sangat kecuali la pergi ke tempat yang lebih tinggi. Winter plak memang syurga orang Malaysia sebab leh men salji, tapi panoramanya suma putih je la, waktu2 ni kebanyakan mat saleh semua naik Jungfrau dan Zermatt untuk main ski, tapi kekurangannya, bahagian2 atas ni selalu kena snowstorm, sampai train ke mountain kadang2 terpaksa cancel(tapi korang jangan risau derang sentiasa alert tentang hal ni), dan waktu siangnya pendek…  

AWAS! dengan negara beriklim sebegini, dinasihatkan berhati2 dengan kulit anda! Sebab kat sana, kulit kita akan kering, dan sangat gatal2! Jadi disyorkan bawak lotion atau krim untuk disapu selepas mandi (peringatan penting ni!).

Orang2nya? 

Ada Malaysian embassy di Bern dan Geneva klik untuk Malaysian embassy. Dan terdapat juga sebuah masjid di Zurich. Penduduk2 di Swiss ni(setakat komen dari travelers) memang friendly, murah dgn senyuman dan pertolongan(tapi ada gak terjumpa dgn yang tak ok, dalam bilangan yang sangat kecil, nasib la kalau jumpa). majoriti memang ok, friendly tapi masalahnya derang tak pandai English(kalu ada yang wat2 tak sedar kehadiran korang , heh! tak pandai English la tu.. kikiki!), actually ramai yang tak pandai English, tapi dalam satu2 tempat tu ada la bleh speaking, 2, 3 orang, itu pun basic. Tapi derang akan cuba tolong gak walaupun dalam bahasa isyarat.

Di swiss ni takda orang yang merempat atau mat rempit atau kutu rayau atau sampah-sarap atau benda2 yang menyakitkan mata.. dasat kan? Tapi memang la negara kecik senang nak diurus(ye ke?).. Kat swiss jugak korang akan selalu jumpa anjing dengan tuannya dan pork plak memang sentiasa dalam menu restoran… so berhati2.. huhu

Image from images.yahoo.com
Alps

.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:Bergerak ke Part III untuk destinasi menarik di Swiss...




.

Tuesday, August 3, 2010

AirAsia X to launch Seoul route in November

Chief Executive Officer of AirAsia X 
Azran Osman Rani, seen in New Delhi in June 2010.
AirAsia X said Monday it would introduce daily flights to Seoul on November 1,
its eleventh destination since the carrier's launch in 2007. 


KUALA LUMPUR (AFP) - – Long-haul budget airline AirAsia X said Monday it would introduce daily flights to Seoul on November 1, its eleventh destination since the carrier's launch in 2007.
"We estimate that more than 60 percent of AirAsia X passengers to and from Seoul will be first-time visitors, which will contribute significantly to tourism growth," AirAsia X's chief executive officer, Azran Osman-Rani, said.
"We are confident that AirAsia X's direct connection will be able to stimulate new travel demands and further tap new markets, especially that of young working adults and families."
The carrier currently flies to 10 destinations -- London, Taipei, China (Tianjin, Hangzhou, Chengdu), Australia (Gold Coast, Melbourne, Perth) and India (Mumbai, Delhi).
An affiliate of regional low-cost carrier AirAsia and Virgin Group, AirAsia X was launched in January 2007. AirAsia and AirAsia X have common shareholders, including AirAsia founder and CEO Tony Fernandes.
The airline currently has eight aircraft and will have 11 by December. It has also placed an order for 17 Airbus A330s and 10 A340s.

Pakcik tepek berita ni dari news.yahoo.com


.

Sunday, August 1, 2010

Salam Semua...

Ini adalah post pertama pakcik… untuk itu pakcik nk bgtau tujuan blog ni dlu… Ehem! Sebenonye pakcik wat blog ni untuk memudahkan pelawat2 blog ni termasuk pakcik sendiri untuk menilai tempat2 yang best serata dunia ni… pendek cerita berbaloi la kalo nk holiday ke, backpacking ke…

Tapi untuk post yang first ni takkan pakcik nk tibai terus tempek info2 tu kot…kekeke… kita rilek dlu untuk pos pertama ni… hmm, kan best klu first post trus ada visitor, bleh gak pakcik tnya pendapat masing2 tentang tempat2 serata dunia ni yang best… pakcik sgt berminat mngenai dunia luar… bab2 salji, mmg jakun la klu bab2 camni… sesetengah drp korang mmg teringin nk men salji kan? ye la, kt kampung mna nk cekau salji bertimbun2, peti sejuk ada la ckit2, tp mna ckup nk men… huhu

Opsss…!!! Topik utama di sini bukan salji sebenarnya, tp tempat2 yg best seluruh dunia… Gurun Gobi pn termasuk klu korang rsa ianya best… betul tak?

Jadi bermula la episod untuk meneroka tempat2 menarik seluruh dunia(teroka dlm internet je weh, jenuh pecah tabung la klu btl2 nk keliling dunia, haiss! tp klu ada org nk sponsor takpe la… kekeke)

…Dan salam perkenalan dari Pakcik King!…^_^



 .