Image from images.yahoo.com
Switzerland
::CHF?
Apakah itu CHF? sebenarnya itu la matawang yang digunakan oleh Switzerland, nama panjangnya
swiss franc... dari segi tukarannya pulak berdasarkan rate semasa sekarang adalah
RM3.0464klik untuk tukaran matawang . Sebelum korang fly, tukar dulu duit RM ke dalam
euro kat sini, nak tukar terus CHF susah sebab kedai kurang yang pegang duit
CHF ni(kurang sambutan katanya) tapi money changer yang beri offer agak baik dulu adalah di
Midvalleyklik untukWawasan Sentosa… tetapi korang boleh survey dulu, kalau nak elok lagi, tanya dulu mengenai duit CHF ni.
Tapi jangan risau, kalau korang bawak duit Euro ke Switzerland nanti, korang still boleh tukar ke dalam CHF kat money changer di sana. Agak pedih la untuk kita yang guna RM ni... tapi takpe, berdasarkan pengalaman travelers, duit CHF kita tu nanti takdenye nak pakai banyak2 sangat.... seronok kan!!! best2!!! korang nak tau sebab pe? jom! subtopik seterusnya...
Image from images.yahoo.com
Sedapnya nasi ayam
::MAKANAN...
Wah2 seronok kan? duit tak pakai banyak... sebenarnya seronok untuk orang yang sangat jimat dan
Tidak Desperate Sahaja! nak tau maksudnya? sebenarnya makanan kat sana sangat mahal, dan makanan halal kat sana pun sangat susah untuk dicari, bagi orang
Yang Desperate memandangkan perut Malaysia yang asyik mintak nasi je, tanpa sedar derang akan berhabih CHF melantak kat
McDonald dan
Nordsee(menghidangkan makanan laut dan
nasi) tapi restoran2 ni ada kat bandar2 tumpuan sahaja macam
Zurich tu, agak susah la sedangkan kebab turki yang dah survive kat dunia ni berjuta2 tahun dulu pun susah untuk dicari... ini kan pulak nasi ayam dengan pekasam... alamatnya korang kena kayuh balik Malaysia la... kekekeke!
Dalam bab makan ni, bersedia la perut2 Malaysia yang tak tahan daulat tu sebab
fillet o fish kat McDonald pun dah
berbelas2 CHF, Nordsee? Heh, lebey kurang dalam
CHF 20 gitu…kalau korang bernasib baik, jumpa la kebab turki, boleh dijumpai di
Zurich,
Geneva, pendek kata, bandar2 la…
Kebab Turki ni ada la dalam
CHF 10, tapi berbaloi la.. daging halal, besar, sedap pulak tu… sebab tu sangat direkomen kalau dah ada masa, kat Bandar lak.. cari la kedai kebab… lagi satu, kalau korang nak naik train dinasihatkan beli siap2 makanan ringan, sebab harga makanan kat dalam
train akan naik berlipat x ganda… dan yang penting, kat swiss korang takda banyak pilihan, so rembat je makanan2 ringan atau buah2 yang halal untuk isi perut… average harga
makanan ringan, 1 meal habih la dalam
CHF 6, bergantung kepada si pemakan…
Kesimpulannya, korang kena la persiapkan mental dan fizikal untuk bertahan dalam situasi takda makanan Malaysia mahupun makanan halal, bawak la
milo 3 in 1,
tuna, s
ardine tin,
brahims,
ketupat segera ke,
serunding ke....
mee segera memang akan menjadi hidangan utama bila kat sana, bagi yang tak makan mee segera, cari la alternatif laen...hehe. Setakat pengalaman travelers, yang aku tau,
kastam derang tak kisah sangat dengan makanan2 segera dari luar ni, tak tegas sangat la…
Image from images.yahoo.com
Switzerland
::TRANSPORT DAN PENGINAPAN
Bab transportation ni korang tak payah risau la…
train system memang
superb! Tiptop…! Korang tak perlu risau lambat ke hapa sebab train dia sharp on time.. mungkin kat situ korang plak yang akan terkejar2… kekeke, sebagai pelancong, kita ada kelebihan tau! kita diberi keistimewaan untuk beli
pass2 yang akan memudahkan perjalanan kita nanti, pass2 ni cuma dijual kepada
tourists sahaja! Jadi pakcik rasa korang patut tau pasal ni, takleh men terjah je, rugi nanti.. untuk info lebih lanjut tentang pass2 yang ditawarkan dan kelebihan2nya.. sila rujuk
klik untuk Switzerland pass info , kat sini korang boleh pilih pakej2 pass yang bersesuaian dengan
trip korang, bukan apa, pass2 ni mmg tak rugi kalau plan kita penuh dengan kenderaan awam, tapi diingatkan selagi belom terdesak, jangan amek
teksi, sebab teksi kat sana sangat mahal, bayangkan dari airport nak ke town, dah cecah
CHF100! Padahal area dekat2 tu la jugak. Haiyooo…
Ok, berbalik kepada pass2 tadi, korang perlu byar caj tambahan kalau nak naik transport tanah tinggi, macam
Jungfrau dan
Glacier Express yang popular tu… kat sini ada 2 train yang popular di kalangan tourist iaitu
Glacier Express(cover kawasan bersalji bukit/gunung, route dia kat celah mountain2 bersalji tu), satu lagi train
GoldenPass Panoramic(cover kawasan bawah, tanah landai, tasik2 berlatarkan gunung ganang, kampung2 kecik, padang2) nanti pakcik detailkan lagi route2nya…
Penginapan?
Tentang
penginapan ni pakcik rasa takda la masalah besar sangat, caj untuk satu malam korang boleh cari dalam
CHF30-CHF300, pilih la mana korang nak, survey dulu tempat2nya.
klik untuk hotel budget hehe Tengok betul2! takut nanti korang cuma sewa
katil tapi kongsi bilik..huhu… setakat komen yang pakcik baca, hampir kesemua hostel2 dan hotel2 mmg best, kebersihan
tip-top! Tapi ingat kalau korang nak merokok, jangan sembarangan, tengok dulu.. selalunya ada tempat merokok khas walaupun hanya menginap di hostel(takleh merokok sesuka hati) Hah lagi satu, kalu korang taknak sewa bilik, korang boleh sewa
locker je untuk letakkan beg2 korang, harga per hour, mahal atau murah bergantung kepada tempat itu sendiri, boleh la dapat sekitar
CHF2-CHF12(harga bergantung kepada tempat yang korang pergi)
Images from images.yahoo.com
Switzerland
::YANG KORANG PERLU TAU
Of course ada
4 musim, (
Winter: nov-march), (
Spring: march-may), (
Summer: june-sept), (
Autumn: Sept-nov). Dikhabarkan
peak season di swiss adalah summer dan winter(berdasarkan info yang saya dapat), maksudnya harga naik la time2 ni, dari segi makanan ataupun penginapan, tapi sesetengah je..
Musim yang cantik adalah pada
Spring(bunga2 penuh kat padang yang terhampar, rumput2 dan pokok2 menghijau dgn rona yang lebih cantik, pokok muda) cuacanya sederhana, kadang2 panas, kadang2 sejuk. Satu lagi musim yang cantik ialah
Autumn( pokok2 kekuningan, sesuai untuk berjalan2 atau hiking).
Summer adalah yang paling tak best bagi orang Malaysia sebab cuaca dan kepanasannya sebijik macam Malaysia, kering jek... walaupun siang lebih panjang, tak tahan gak panas sangat kecuali la pergi ke tempat yang lebih tinggi.
Winter plak memang syurga orang Malaysia sebab leh men salji, tapi panoramanya suma putih je la, waktu2 ni kebanyakan mat saleh semua naik Jungfrau dan Zermatt untuk main ski, tapi kekurangannya, bahagian2 atas ni selalu kena snowstorm, sampai train ke mountain kadang2 terpaksa cancel(tapi korang jangan risau derang sentiasa alert tentang hal ni), dan waktu siangnya pendek…
AWAS! dengan negara beriklim sebegini, dinasihatkan berhati2 dengan
kulit anda! Sebab kat sana, kulit kita akan kering, dan sangat
gatal2! Jadi disyorkan bawak
lotion atau
krim untuk disapu selepas mandi (
peringatan penting ni!).
Orang2nya?
Ada
Malaysian embassy di
Bern dan
Geneva klik untuk Malaysian embassy. Dan terdapat juga sebuah
masjid di
Zurich. Penduduk2 di Swiss ni(setakat komen dari travelers) memang friendly, murah dgn senyuman dan pertolongan(tapi ada gak terjumpa dgn yang tak ok, dalam bilangan yang sangat kecil, nasib la kalau jumpa). majoriti memang ok, friendly tapi masalahnya derang tak pandai
English(kalu ada yang wat2 tak sedar kehadiran korang , heh! tak pandai English la tu.. kikiki!), actually ramai yang tak pandai English, tapi dalam satu2 tempat tu ada la bleh speaking, 2, 3 orang, itu pun basic. Tapi derang akan cuba tolong gak walaupun dalam bahasa isyarat.
Di swiss ni takda orang yang
merempat atau
mat rempit atau kutu rayau atau sampah-sarap atau benda2 yang menyakitkan mata.. dasat kan? Tapi memang la negara kecik senang nak diurus(ye ke?).. Kat swiss jugak korang akan selalu jumpa
anjing dengan tuannya dan
pork plak memang sentiasa dalam menu restoran… so berhati2.. huhu
Image from images.yahoo.com
Alps
.:.:.:.:.:.:.:.:.:.:Bergerak ke Part III untuk destinasi menarik di
Swiss...
.